17 June 2015

~Con Alas~ Legenda Bersayap: Bab 2

Bab 2
            Permaisuri Arleena memerhatikan jam loketnya. “Bonda, minta maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan ini. Saya bertemu dengan Bendahara Cornelius selepas pulang dari Dewan Musyawarah.” Dengan segera Luca meminta maaf setibanya dia di bilik bacaan Permaisuri Arleena. Permaisuri Arleena menghampiri Luca dan mencubit pipinya. “Hukuman sebab datang lewat.” Kedua-dua pipi Luca dicubit oleh Permaisuri Arleena. Andre mengeluh kecil. “Andre pun datang lewat, mari sini beta cubit pipi Andre sekali.”
            “Erk! Saya beredar dahulu tuanku permaisuri, Putera Luca, Puteri Elena.” Dengan segera, Andre mengangkat kaki dari bilik bacaan Permaisuri Arleena. Dia tidak mahu pipinya ditarik. “Dia melarikan diri lagi.”Omel Permaisuri Arleena. “B-bonda, t-tolong l-lepaskan pipi.. S-s-sakit!”
            Permaisuri Arleena melepaskan cubitannya itu. Dengan segera, Luca menggosok kedua belah pipinya dengan tapak tangan. “Pipi Luca kemerahan. Nampak comel,” Elena bersuara setelah memerhati. Luca melepaskan keluhan kecil. “Maaf Luca sayang. Mari kita mulakan perbincangan hari ini.” Permaisuri Arleena mengambil tempatnya di hujung meja musyawarah dan diikuti Luca di sebelah kiri dan Elena di sebelah kanan. “Sebelum saya memulakan musyawarah ini, saya ingin mengetahui tujuan Elena ke mari. Sepanjang ingatan saya, Elena tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di kerajaan ini.” Elena memandang Luca dengan pandangan yang mampu membuatkan seseorang kurang selesa. Luca menepis pandangan itu kerana sekiranya Luca membiarkan emosinya terganggu, dia tidak akan dapat melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang Putera Mahkota.
            “Apa yang berlaku sekarang ini membuatkan mata Elena terbuka luas. Permergian Ireena ke Kerajaan Umbra merupakan satu tamparan hebat kerana Elena terlalu bergantung kepada Ireena dari hal peribadi sehinggalah ke hal ehwal kerajaan. Walaupun tahu Ireena sangat sibuk dengan tugasnya sebagai Puteri Mahkota waktu itu, Elena kerap menganggu tugasnya. Sekarang, sudah tiba masanya untuk Elena mengambil tahu hal ehwal kerajaan dan bergantung kepada diri sendiri.” Elena menjawab dengan penuh keyakinan. Permaisuri Arleena melemparkan senyuman kepada Elena. Baginda berbangga melihat perubahan diri Elena itu.
“Baiklah. Saya terima jawapan itu. Musyawarah hari ini bersama para gabenor adalah berkenaan dengan pembukaan pusat ilmu. Saya sudah berbincang dengan mereka dan mereka meminta masa tiga bulan untuk memberikan jawapan.” Luca terus ke agenda utama perbincangan bersama Permaisuri Arleena. Walaupun Kerajaan Arco Iris diperintah dan segala keputusan dibuat oleh seorang raja, tugas seorang permaisuri adalah sebagai pemberi pandangan dan juga salah seorang penasihat raja. “Ada yang membantah?”
“Gabenor Adi Rem dari Jajahan Lila yang membantah. Bantahan itu disokong oleh Gabenor Dian dari Kristall dan juga Gabenor Ferrous dari Grun. Mereka membantah kerana mereka tidak mahu rakyat kita berilmu.”
“Pada pandangan Elena, mereka sebenarnya takut.” Elena mencelah. “Takut? Kenapa mereka perlu takut?” Permaisuri Arleena pula bersuara. Elena dan Luca saling berpandangan sesama sendiri. Kedua-dua mereka mahu memberikan pandangan mereka. “Silakan berkongsi pandangan, Elena.” Luca menundukkan sedikit kepalanya tanda memberi hormat kepada Elena. “Terima kasih, Luca. Gabenor dari Lila, Grun dan Kristall yang dilantik adalah gabenor ‘turun-temurun’ tidak seperti gabenor dari Blau dan Azul yang dipilih oleh jajahan itu sendiri. Gabenor ‘turun-temurun’ takut akan kehilangan kuasa. Mana tidaknya, apabila rakyat berilmu, mereka akan tahu segala yang disembunyikan oleh gabenor ‘turun-temurun’ ini.” Permaisuri Arleena menulis sesuatu di atas kertasnya.
“Kenapa Elena kata gabenor ‘turun-temurun’? Bukankah rakyat jajahan tersebut yang memilih gabenor mereka?” Permaisuri Arleena mula bersuara. “Nampaknya, kanda Elena memang mahu terlibat dalam politik negara! Betul cakap kanda Elena. Bonda dan ayahanda mesti lebih mengetahu perkara ini dari kami. Kenapa bonda tidak mahu memberitahu kami perkara sebenar?” Luca dan Elena memandang Permaisuri Arleena. Mereka mahu jawapan dari seorang penasihat raja.
 Pemilihan gabenor memang diundi dan dipilih oleh rakyat. Sebelum pengundian bermula, pihak istana akan mencalonkan beberapa nama untuk diundi oleh rakyat. Nama-nama ini pihak istana terima setelah bermusyawarah dengan bendahara, menteri-menteri dan juga penasihat raja. “Apa yang Luca ingin tahu adalah, bagaimana selama 15 tahun, hanya keluarga Rem menjadi gabenor tunggal di jajahan Lila tanpa mendapat tentangan sedangkan pemilihan gabenor dibuat 5 tahun sekali.”
“Kamu berdua masih mentah dan belum layak untuk mengetahui bagaimana undian dilakukan!” kedengaran satu suara nyaring di muka pintu. Segera Permaisuri Arleena bangun dan tunduk hormat. Melihat perlakuan bonda mereka itu, Luca dan Elena segera mengalihkan pandangan mereka ke pintu. Mereka segera bangun dan memberi tunduk hormat kepada lelaki yang berada di muka pintu itu. Andre membuntuti lelaki itu. “Selamat pulang, Tuanku.” Permaisuri Arleena memberikan tempat duduknya itu kepada suaminya yang baru pulang dari melawat Kerajaan Sire. “Bagaimana lawatan ayahanda ke Kerajaan Sire?” Luca terus ke soalan utama. “Beta dengar kamu bermusyawarah dengan para gabenor sewaktu ketiadaan beta di istana. Betul ke?”
“Betul. Berkaitan dengan pusat ilmu..”
“Bukankah beta dah kata bahawa pusat ilmu itu tidak boleh diteruskan! Kita tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membuka pusat ilmu. Sila keluar! Beta mahu berbicara dengan Permaisuri dan juga Andre.” Elena mengikut kehendak ayahandanya itu. Luca mengenggam tangannya dengan kuat. Dia begitu hendak melawan ayahandanya itu. “Kenapa? Kenapa tidak boleh dilakukan pusat ilmu itu? Bukankah itu satu peluang yang bagus untuk rakyat kita? Sampai bila kita harus menanggung hidup mereka? Ayahanda juga yang selalu berkata aset kerajaan semakin menyusut. Ini adalah peluang untuk rakyat kita mengenal ilmu baru dan dengan ilmu ini mereka mampu berdikari dan juga mampu membayar cukai!” Luca separa menjerit. Andre memandang Luca dan menggelengkan kepalanya tanda meminta Luca untuk tidak melawan Tuanku Ingram. Setelah melihat isyarat Andre itu, Luca memberi tunduk hormat dan keluar dari bilik bacaan Permaisuri Arleena.
Tuanku Ingram mengeluh. “Luca sangat bagus dalam membuat keputusan serta mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan. Dia boleh menjadi seorang raja yang berfikiran luas satu hari nanti.” Andre hanya tersenyum mendengar pujian mengenai Luca. Dia, orang kanan Luca, selalu melihat kewibawaan Luca apabila berdepan dengan gabenor dan juga rakyat apabila sewaktu ‘Hari Bersama Rakyat’. “Ada satu perkara yang beta risau mengenai Luca. Andre, berkenaan dengan pusat ilmu. Dari mana dia mendapat ilham untuk membuka pusat ilmu?” Tuanku Ingram dan Permaisuri Arleena memandang Andre yang berdiri di hujung meja musyawarah yang disediakan di bilik Permaisuri Arleena itu. “Apa yang Putera Luca beritahu, ilham ini datang dari hasil lawatan ke Kerajaan Sire dan Empayar Gladious. Melihatkan pembangunan disitu, dia juga mengimpikan bahawa Kerajaan Arco Iris mampu untuk maju dan berkembang.” Andre menjawab dengan penuh keyakinan. Walaupun begitu, jauh disudut hati, dia tahu yang Luca menyorokkan sesuatu darinya. Tuanku Ingram termenung seketika. Kata-kata Tuanku Equus bermain-main di benak fikirannya. Satu keluhan dilepaskan. “Tuanku Equus memberitahu beta bahawa Luca pernah menjejakkan kaki ke dunia manusia dua tahun yang lalu.”
‘Tepat sekali jangkaan aku, memang ilham yang dia dapat adalah hasil dari jelajahan di dunia manusia,’ hati Andre berdetik. Permaisuri Arleena hanya mendiamkan diri. “Arleena, kenapa mendiamkan diri? Adakah adinda tahu mengenai kehilangan Luca dua tahun yang lalu?” Tuanku Ingram mendekati Permaisuri Arleena yang hanya membisu. “Tuanku, sekiranya tiada apa-apa, bolehkan saya beredar?” Tuanku Ingram memberi isyarat tangan membenarkan Andre keluar dari bilik bacaan itu. Andre memberi tunduk hormat dan beredar dari bilik bacaan itu untuk memberikan ruang agar Tuanku Ingram dan Permaisuri Arleena ruangan untuk berbicara.
----------
Shin tidak memberikan ruang kepada Luca untuk membalas hayunan pedangnya. Luca hanya terus bertahan dan bertahan serta menunggu peluang untuk membalas serangan. “Kenapa dengan tuan putera hari ini? Selalu tunjuk hebat bila beraksi dengan saya!” Shin mengejek Luca. Mata Luca hanya mencari ruang untuk dia membalas serangan Shin. “Jangan mimpi!” Shin menyerang Luca. Dengan segera, Luca bertahan dengan menggunakan pedang dan juga sarung pedang. “Apa ini? Kata nak menggunakan sebilah pedang. Ini dah ibarat menggunakan dua bilah pedang.” Luca menangkis serangan Shin dan dia pula menyerang. Latihan Luca dan Shin menarik para tentera untuk melihat. Sedikit demi sedikit tentera mengerumuni mereka. “Putera Luca! Kalahkan Jeneral Shin!” Salah seorang tentera menjerit. Para tentera yang lain bersorak. Mendengar sorakan dari para tentera, Shin dan Luca meneruskan lagi pertarungan mereka. Pertahanan dan serangan silih berganti. Luca menggunakan pedang dan juga sarungnya manakala Shin tetap mengggunakan sebilah pedang.
Shin menghunus pedangnya itu ke dada Luca tetapi Luca mengelak dan segera ke belakang Shin. Pergerakan Luca dapat dikesan oleh Shin dan segera Shin bersedia untuk menerima serangan dari Luca. “Setakat ini sahaja latihan kita, tuan putera. Nampaknya, kita telah menarik perhatian tentera kita dari menjalankan tugas mereka.” Shin menepuk tangannya apabila melihat semakin ramai tentera yang mahu melihat latihan Shin dan juga Luca. Melihatkan sekelilingnya secara tiba-tiba begitu ramai hadirin, Luca menyimpan pedangnya ke dalam sarung. “Maaf kerana menganggu tugas kamu semua. Saya berharap kamu dapat kembali ke tugas masing-masing. Terima kasih juga kerana memberi sokongan terhadap latihan kapten kamu semua dan juga saya.” Luca melemparkan senyuman kepada para tentera yang masih berada di sekelilingnya itu. “Bukan selalu dapat tengok Jeneral Shin kalah, Tuan Putera.” Seorang tentera bersuara. “Ryan! Berani cakap begitu! Semua dikehendaki lari 100 pusingan setiap pagi sebelum memulakan tugas!” Para tentera yang lain berpandangan sesame sendiri dan beredar meninggalkan Ryan disitu.
“Jeneral Shin sangat hebat. Saya sendiri sukar untuk menjatuhkannya. Kapten Ryan, jangan biarkan mulut menguasai diri. Nanti badan binasa. Hahaha.” Luca tergelak. Ketika itu, Andre tiba di pusat latihan tentera yang terletak di sebelah barat Istana Kristal. Melihat Luca yang sedang tertawa bersama Shin dan Ryan, dia tahu bahawa Luca sedang menyembunyikan perasaannya sendiri. Andre mengenali Luca lebih 15 tahun. Dia mula berkhidmat kepada Keluarga Ingram sejak berusia belasan tahun.
“Putera Lucadiese, maaf kerana menganggu.” Andre tunduk hormat kepada Luca. Melihatkan kehadiran Andre disitu, air muka Luca berubah. “Jeneral Shin, bolehkah kita menggunakan bilik musyawarah latihan tentera? Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan jeneral.” Ryan memberi tunduk hormat dan beredar dari kawasan latihan itu. “Adakah tuan putera mahu menjelajah ke jajahan Arco Iris?” Mendengar soalan Shin itu, Luca dan Andre terkejut. “Bagaimana..” belum sempat Luca menghabiskan soalannya, Shin menjawab, “saya telah diamanahkan oleh Tuanku Ingram untuk mengiringi tuan putera untuk menjelajah jajahan Arco Iris. Tuanku Ingram tahu bahawa pada satu ketika, tuan putera akan menjelajah setiap jajahan. Disebabkan itu, Tuanku Ingram telah mengamanahkan saya, Shin Daffodil, untuk mengiringi penjelajahan tuan putera.”
Luca hanya membisu. Selama ini, ayahanda memang tidak menghalang apa yang aku lakukan. Terima kasih, ayahanda, hati Luca bermonolog. “Perlukah tuan putera menggunakan bilik musyawarah latihan tentera?”
“Tidak perlu! Kita bermusyawarah di bilik bacaan saya sahaja. Ah, sekiranya jeneral mengikuti saya, siapa yang akan menggantikan tempat jeneral sepanjang ketiadaan jeneral disini?”

“Berkaitan perkara itu, tuan putera tidak perlu risau. Saya minta izin untuk beredar dulu. Waktu bila tuan putera ingin bermusyawarah?” Shin memberi tunduk hormat kepada Luca. Dia perlu beredar untuk menyempurnakan tugasannya. “Belum diketahui lagi. Apa-apa nanti, Andre akan berjumpa dengan jeneral.” Luca beredar bersama Andre dari pusat latihan tentera itu. “Ha-,” Shin mengeluh setelah Luca dan Andre hilang dari pandangan.

No comments:

Post a Comment