21 July 2015

Sleeping Beauty: Prolog

Prolog

“Saya mahu membuang emosi dan perasaan saya. Saya diberitahu bahawa cik ahli sihir mampu membuang emosi. Disebabkan itu, saya berjumpa dengan cik ahli sihir.” Gadis itu agak ketakutan bercakap dengan ahli sihir itu. “Awak pelanggan saya yang paling comel. Memanggil saya dengan ‘Cik ahli sihir’. Jangan takut. Saya tidak makan manusia. Saya hanya membantu manusia untuk memenuhi apa yang dihajati mereka.” Ahli sihir itu tersenyum. Dia memerhatikan wajah gadis itu. Cantik dan menawan tetapi ada kesan lebam di bibir dan juga pipinya.

            “Kamu tahu apa tukarannnya kan?” Ahli sihir itu menghampiri gadis itu. Jari jemari ahli sihir membelai wajah gadis itu. “Saya sayang akan perasaan saya tetapi, sekiranya saya mempunyai emosi, saya akan menjadi lebih tertekan dan menyebabkan saya beberapa kali mahu membunuh diri kerana perasaan bersalah dan tidak keruan ini.” Gadis itu menundukkan kepalanya. Air matanya berlinang. Ahli sihir itu mengesat air mata gadis yang berada dihadapannya. Satu perasaan yang hangat muncul dihati ahli sihir itu. Dia mengesat air mata gadis itu.

            “Saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku pada diri kamu. Boleh saya tahu, siapakah nama kamu, gadis yang malang?” Gadis itu teresak-esak. “Allayna..”

            “Saya akan penuhi apa yang kamu keinginan kamu itu sebagai kenyataan. Sebaik kamu sedar, emosi dan perasaan kamu akan hilang dan kamu tidak akan mengingati pertemuan kita ini. Sumpahan ini hanya dapat dipatahkan apabila seseorang dari darah bangsawan mengorbankan dirinya demi cintanya terhadap kamu. Sekiranya, kamu memilih untuk mengembalikan emosi dan perasaan kamu tanpa pengorbanan, jiwa kamu akan hilang dan jasad kamu akan tidur selama-lamanya.” Ahli sihir itu memberikan secangkir kopi hitam kepada Allayna. “Minumlah kopi itu dan permintaan kamu akan dipenuhi.” Allayna terus meneguk kopi itu tanpa sebarang rasa was-was. Dia nekad untuk menghilangkan perasaan dan emosinya itu.

            Setelah beberapa ketika, Allayna rebah di lantai ahli sihir itu. “Semoga kamu berjumpa dengan seseorang yang akan menyayangi dan menghargai dirimu jauh lebih baik dari apa yang kamu terima sekarang.”

2 comments:

  1. interesting :D sambung cepat2 eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..
      Jika idea datang mencurah-curah.. akan disambung.. tak mencurah pun disambung gak

      Delete