06 June 2015

~Con Alas~ Legenda Bersayap (Karakter)

Karakter:

Kerajaan Pelangi
Keluarga Ingram (Keluarga Diraja)
1)      Tuanku Haidiese Ingram (Anemone)
2)      Permaisuri Arleena Ingram (Amaryllis)
3)      Ireena Ingram (Hydrangea)
4)      Elena Ingram (Heather)
5)      Lucadiese Ingram (Aster)

Tuanku Haidiese Ingram (Anemone):
1)      Anemone:  dari sudut negatif, ia bermaksud harapan yang pudar dan perasaan yang ditinggalkan. Dari sudut positif bermaksud jangkaan.
2)      Merupakan seorang raja yang disegani kerana sering bermusyawarah bersama para pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebulan sekali akan mengadakan “Hari Bersama Rakyat”.  Dengan adanya hari tersebut, Tuanku Haidiese dapat mendengar rungutan, keluhan, ketidakpuasan hati dan segala rintihan rakyat di negaranya.
3)       Seorang bapa yang penyayang, bertanggungjawab tetapi merasakan hatinya sentiasa kosong walaupun senantiasa dikelilingi anak-anak dan juga isteri yang cantik.
4)      Setelah mendengar keluhan rakyat, Tuanku Haidiese akan merasakan apa yang dilakukannya masih tidak mencukupi untuk rakyatnya dan semakin lama, harapan untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil, memuaskan hati semua penghuni Kerajaan Pelangi semakin pudar kerana perkara-perkara yang dilakukan oleh para pegawainya.
5)      Berumur: Awal 50 dan rambut tersisir rapi dan tidak melepasi leher serta berwarna perak.

Permaisuri Arleena Ingram (Amaryllis)
1)      Amaryllis: kecantikan yang memukau serta kebanggaan
2)      Merupakan seorang permaisuri yang sangat disayangi penghuni Kerajaan Pelangi bukan sahaja kerana kecantikannya, malah Arleena merupakan seorang yang bijak, penyayang serta sentiasa bersama suaminya untuk memberi sokongan sewaktu suaminya berada dalam kesusahan dan juga kesenangan
3)      Idola bagi para ibu kerana Arleena merupakan seorang model ibu yang sempurna bagi para ibu di Kerajaan Pelangi. 
4)      Arleena akan berlaku adil terhadap anak-anaknya dan sesiapa yang membuat salah akan dikenakan hukuman memasak kerana Arleena percaya bahawa dengan masakan boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan
5)      Berumur: Akhir 40. Memiliki rambut panjang yang berkilat dan sentiasa bersanggul serta berwarna zamrud

Ireena Ingram (Hydrangea)
1)      Hydrangea: melambangkan perasaan. Boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan apabila difahami. Negatif: juga melambangkan hati yang dingin dan juga tidak berperikemanusiaan.
2)      Merupakan anak sulung Haidiese dan juga Ingram. Bertanggungjawab sebagai Puteri Mahkota walaupun mendapat tentangan kerana sepatutnya gelaran ‘Mahkota’ hanya untuk pewaris lelaki sahaja.
3)      Tidak selalu berada di Istana Kristal kerana mewakili Kerajaan Pelangi dalam urusan yang melibatkan negara. Sentiasa dipandangkan rendah oleh para wakil kerajaan dan empayar lain kerana dia seorang perempuan.
4)      Seorang yang selalu melemparkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan orang lain kerana dipandang rendah. Hanya seorang sahaja yang mengakui keupayaan dirinya dan mengikut lelaki itu pulang ke Kerajaan Umbra dengan menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
5)      Berumur: Akhir 20. Memiliki rambut ikal mayang separas bahu, berwarna perak kehijauan


Elena Ingram (Heather)
1)      Heather: melambangkan kekaguman, kesendirian dan kecantikan
2)      Anak kedua hasil perkahwinan Haidiese dan juga Arleena. Suka bersendirian apabila ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
3)      Kecantikkanya menarik perhatian beberapa putera dari empayar dan kerajaan lain untuk menjadikannya isteri
4)      Sentiasa mengagumi semangat juang Ireena kerana dia merasakan dia tidak mampu melaksanakan tugas Puteri Mahkota sebaik Ireena
5)      Tidak berminat dalam kancah politik Kerajaan Pelangi
6)      Usia: Akhir 20. Memiliki rambut panjang yang berkilat sehingga pinggang dan sentiasa disisir rapi dan dibiarkan lepas serta berwarna hijau dan dihujung rambung berwarna perak.

Lucadiese Ingram (Gladiolus)
1)      Gladiolus: melambangkan kekuatan peribadi, kesetiaan dan penghormatan.
2)      Anak terakhir dan juga lelaki tunggal hasil hubungan Haidiese dan juga Arleena setelah hampir berputus asa mendapatkan waris lelaki.
3)      Bakal mewarisi takhta Kerajaan Pelangi dan mendapat gelaran Putera Mahkota.
4)      Sangat mahir dalam seni berpedang, memanah serta menunggang Pegasus.

5)      Pangkat tertinggi di bahagian ketenteraan diraja dan juga seorang “dual blader”. Semangat juangnya yang tinggi menyebabkan para tentera dan juga peronda sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas mereka.

No comments:

Post a Comment