06 August 2015

Sleeping Beauty: Bab 1

Bab 1
            “Ayna!!!!” gadis itu bingkas bangun mendengar namanya dijerit dengan begitu lantang. Dia segera mencuci mukanya di dalam besen air yang telah disiapkannya dibiliknya dan segera menyalin pakaian tidur kepada pakaian hariannya, gaun lusuh berwarna coklat. “Ayna!!!”Sekali lagi namanya dijerit. Ayna segera keluar dari biliknya yang terletak di bawah tanah rumah dan seterusnya memanjat tangga besi menuju ke dapur. Setibanya dia di dapur, dia dapat melihat ibunya sedang menunggu kehadirannya. Di sebelah tangan ibunya, terdapat sebilah rotan buluh. Melihatkan Ayna yang telah tiba di dapur, dengan segera wanita itu melibas kaki Ayna dengan rotan. “Dah berapa kali aku cakap?! Setiap kali aku bangun, sarapan mesti dah terhidang! Pagi ini kita akan makan apa?” Libasan rotan hinggap di kaki kanan. Ayna hanya membiarkan perlakuan ibunya. Dia tidak merasai kesakitan ataupun keinginan untuk menangis.
            “Kau dah tak menangis lagi ya? Selama ini kau tahu menangis! Menangis lah!” Wanita tersebut menarik rambut Ayna yang ikal mayang. “Kenapa saya perlu menangis, ibu? Kenapa ibu menarik rambut saya?” Ayna menjawab. Tiada sebarang emosi terdapat dimukanya. Mendengar Ayna menjawab, wanita yang dipanggil ibu oleh Ayna semakin berang. “Alyn! Apa yang kamu buat terhadap Ayna?” Seorang lelaki segera menarik Ayna dan berada di tengah-tengah antara Ayna dan wanita yang dikenali sebagai Alyn. “Awak ini semakin menjadi-jadi berangnya terhadap Ayna. Awak tak nampak ke badan Ayna berbirat disebabkan awak?”
            “Ayna adalah pembunuh! Dia yang membunuh Rosalie!” Riak wajah Ayna tidak berubah walaupun dia mendengar perkataan pembunuh. Peristiwa 10 tahun yang lepas masih segar di ingatan Ayna. Jika sebelum ini, apabila ibunya mengatakan dia pembunuh, dia akan membuat percubaan untuk membunuh dirinya kerana tidak tertanggung dengan perkataan pembunuh. Tetapi kini, dia tidak merasakan apa-apa lagi dari perkataan itu.
            “Adakah gembira menyeksa Ayna? Dengan menyeksa Ayna, bolehkah Rosalie kembali? Rosalie yang mahu bermain di atas titi. Ayna dah melarang Rosalie untuk ke titi kerana titi sudah reput. Ayna tidak bersalah!” Ayna menyoal dan pada masa yang sama meluahkan apa yang dipendamnya. Mendengar ayat yang keluar dari mulut Ayna, wanita yang dikenali sebagai Alyn, menjadi lebih berang. “Ayna! Keluar dari rumah ini buat sementara waktu sekiranya kamu tidak mahu menjadi mangsa keadaan!” lelaki tersebut memeluk Alyn agar Alyn tidak menghampiri Ayna. “Kenapa Ayna yang perlu menjadi mangsa ibu? Apa salah Ayna sebenarnya, ayah? Ayna tidak faham,” suara yang kedengaran dari Ayna adalah suara manusia yang tidak ada emosi.
            “Sila tinggalkan rumah ini sekarang, budak tak guna!” Alyn menjerit. Ayna terus keluar dari rumah agam tersebut dan menuju ke ladang kuda yang terletak di sebelah timur.  Dia menunggang seekor kuda berwarna hitam dan terus keluar dari kawasan rumah agam keluarganya tanpa menoleh ke belakang.
----------
            Airin membelek-belek ruang di biliknya. Hampir 10 tahun dia tidak pulang ke pangkuan suaminya kerana terperangkap di suatu tempat kerana perbuatan orang lain. “Airin?” satu suara muncul dibelakang wanita yang memakai gaun merah itu. Suara yang sangat dirinduinya selama 10 tahun. “Ya, saya Airin. Abang apa khabar?” Airin menoleh ke arah empunya suara. Lelaki di hadapannya itu begitu kurus dan cengkung serta bawah matanya begitu bengkak. “Apa yang berlaku kepada abang sehingga abang kurus begini?” Airin menghampiri tuan empunya suara.
            “Bukankah Airin telah mati 10 tahun yang lepas? Mengapa Airin ada disini? Tak mungkin!” lelaki itu menggosok matanya seperti tidak percaya akan wanita yang berada dihadapannya. Airin memegang tangan suaminya. Dia begitu merindui suaminya yang sudah 10 tahun tidak jumpa. “Ini Airin. Saya memang dah kembali. Saya akan ceritakan segala-galanya pada abang apa yang berlaku tetapi, saya berharap abang tidak memberitahu sesiapa mengenai kepulangan saya ini.”
Lelaki itu masih lagi meragui Airin. “Bagaimana untuk memastikan bahawa kamu adalah yang sebenar?” Airin melemparkan senyuman kepada suaminya dan dia segera menunjukkan cincin perkahwinannya. “Cincin ini diukir khas untuk majlis perkahwinan kita. Abang minta penempa emas itu menempa cincin dan mempunyai nama Airin. Abang boleh tengok cincin ini.”

“Tuanku! Saya telah dapat apa yang tuanku mahukan!” Mendengar suara penasihatnya, Tuanku Aster menoleh ke arah pintu dan kemudian menoleh semula ke arah Airin tetapi, Airin telah tiada disitu. Ditangannya terdapat cincin perkahwinan yang mempunyai ukiran bunga ros dan terdapat tulisan ‘Airin Aster selamanya’.

No comments:

Post a Comment