05 August 2015

~Con Alas~ Lagenda Bersayap Bab 5

Matahari telah pun terbenam di Arco Iris. “Apa kata kita bermalam disini?”Andre memberhentikan kudanya. “Saya juga rasa kita perlu berjalan kaki dari menaiki kuda bermula dari sini. Sekiranya kita menaiki kuda, kita tidak akan dapat melihat serata jajahan dengan lebih dekat.” Shin turun dari kudanya. “Saya setuju dengan Shin, kita pun telah berada sempadan jajahan Blau – Kristall. Inilah masanya untuk saya mengenali perkampungan dan juga bakal rakyat saya.” Luca turun dari kuda. Dia membelai-belai kudanya itu dan berkata, “sila pulang ke istana. Terima kasih atas khidmat awak.” Seperti memahami apa yang diperkatakan oleh Luca, kudanya itu, segera meninggalkannya disitu. Begitu juga kuda milik Andre dan juga Shin.
“Dimana kita sebenarnya sekarang ini, Andre?”
“Sekiranya mengikut peta, kita telah berada di hadapan Hutan Enigma. Saya cadangkan agar kita berkhemah disini dahulu sebelum memasuki Hutan Enigma ini.” Andre menurunkan beg yang digalasnya itu. Shin segera mencari kayu-kayu untuk dibuat unggun api. “Bukankah Hutan Enigma ini tempat tinggal bagi puak Alejar? Puak ini terkenal dengan telinga mereka yang tajam dan mereka juga mahir dalam pertempuran. Kenapa mereka tidak mahu bersatu dengan bangsa Alas sedangkan tempat tinggal mereka adalah di bawah jajahan kita?”
“Sekiranya Permaisuri Arleena mendengar ini, beliau tentu sangat sedih kerana puteranya tidak peka sewaktu Permaisuri mengajar tuan putera sejarah Arco Iris.” Andre mengeluh kecil. “Hmm! Saya tidak begitu berminat mengetahui sejarah kerajaan. Saya lebih suka belajar dengan Jeneral Shin seni bertempur. Perkara yang memerlukan kepekaan dan pembacaan bukan sebahagian dari diri saya.” Luca menjawab. Dia menyandarkan dirinya di sebatang pokok jati.
“Seni bertempur juga memerlukan tuan putera peka terhadap keadaan sekeliling tuan putera.Adakah tuan putera tahu bahawa di kerajaan Arco Iris ini mempunyai 3 puak?”
 “Puak Alas adalah kita, manusia yang hanya memiliki sayap. Setiap sayap mempunyai warna serta kuasa yang berbeza berdasarkan status keluarga mereka. Puak Alejar adalah puak yang memiliki deria pendengaran serta telinga mereka yang tajam. Mereka tidak mempunyai sayap seperti puak Alas dan tempat tinggal mereka adalah di hutan Enigma yang bakal kita lalui untuk ke jajahan Blau. Puak yang ketiga adalah puak Sirena dan tempat mereka adalah di tasik serta sungai Arco Iris,” Luca berusaha mengingati sejarah kerajaannya itu.
“Kita perlu menukar perbualan rasmi kita ini kepada perbualan rakyat biasa. Penggunaan ‘tuan putera’ dan ‘Lucadiese’ adalah dilarang sama sekali!” Tegas suara Shin yang baru tiba dari mengutip ranting kayu dan buah-buahan untuk dijadikan makan malam mereka. “Kita perlu mengurangkan kebisingan kita kerana puak Alejar tidak suka akan orang luar.”
Luca, Shin dan Andre segera menarik pedang mereka apabila terdengar bunyi ranting patah di belakang mereka. Beberapa susuk tubuh kelihatan di hadapan mereka. Masing-masing bersedia dengan senjata di tangan. “Siapa yang berani memasuki hutan Enigma ini tanpa kebenaran?!” seorang gadis dari puak Alejar mara ke hadapan. Memiliki rambut berwarna coklat keperangan serta berkilat. Berkulit sawo matang serta mempunyai bibir yang merah seperti delima. Andre dan Shin terpegun melihat kecantikan gadis Alejar itu.
“Maaf, kami hanya pengembara yang suka mengembara mengikut langkahan kaki kami.” Luca maju ke hadapan. Dia menyimpan kembali pedang itu ke dalam sarungnya. Melihat perlakuan Luca, Andre dan Shin turun menyimpan kembali pedang mereka. “Pengembara sekalian, bukankah kamu telah diberitahu bahawa hutan Enigma adalah hutan larangan untuk direntasi?” gadis Alejar itu bersuara lagi. Mukanya begitu serius. “Atas arahan siapa yang hutan Enigma adalah hutan larangan. Saya tidak tahu menahu mengenai ini.” Luca menjawab. “Maaf, tuan kami ini, kami dah beritahu bahawa hutan ini adalah hutan larangan tetapi, tuan kami tetap degil. Adakah cik boleh memberi pelepasan kepada kami untuk melalui hutan ini?” Shin tampil ke hadapan. Puak Alejar adalah puak yang tidak akan bertolak ansur dengan puak Alas.
Gadis itu berfikir seketika. “Sekiranya didapati terdapat kerosakan atau apa-apa yang berlaku di dalam hutan ini, kami tidak akan bertanggungjawab. Kami telah melarang tetapi kamu tetap berdegil dan mahu melalui juga hutan ini..”
“Saya mahu berjumpa dengan ketua puak Alejar!” Luca mengarah. Dia mahu mengetahui mengenai puak Alejar ini. Begitu sedikit ilmu yang dipelajari berkaitan dengan puak Alejar ini. “Tuan putera, jangan cari masalah.” Andre separa berbisik. Bisikan itu didengari oleh gadis Alejar tersebut. “Tuan Putera?! Kamu dari kerajaan mana?!” Tombak dan pedang dihunus ke arah Luca. Shin mengeluh dan menggelengkan kepalanya. Andre dihimpit rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya memanggil Luca dengan panggilan ‘tuan putera’. “Saya Lucadiese Aster Ingram. Anak kepada Tuanku Haidiese Anemone Ingram dan Permaisuri Arleena Amaryllis Ingram. Pewaris dan Putera Mahkota Kerajaan Arco Iris.” Gadis Alejar itu terkejut.
“Tangkap mereka!” Mendengar arahan dari gadis itu, puak Alejar yang lain bertindak dengan segera. Luca menggelengkan kepala kepada Shin dan Andre supaya membenarkan diri mereka ditangkap. Shin dan Andre mencampakkan pedang mereka dan berlutut tanda mereka menyerah kalah. Begitu juga Luca. “Kita akan bawa mereka menghadap ayahanda kerana meceroboh kawasan hutan Enigma!” Arahan yang diberikan itu dituruti oleh puak Alejar yang mengikuti gadis Alejar itu.
--------------------
Elena segera membebaskan kuda terbangnya. Apabila urusan disini telah selesai, aku akan memanggilmu, Elena menggosok kepala kudanya itu. Segera uruskan urusanmu serta jaga diri, kuda itu mendengus dan terbang meninggalkan Elena di jajahan Blau itu. Memandangkan ini kali pertama Elena melangkah keluar dari istana, dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembuskan perlahan-lahan. “Mari kita bertemu dengan Gabenor Hyekal.” Elena menoleh ke belakang. Dia dapat merasakan seseorang mengikutinya. Elena tidak melarikan diri malah dia bersiap sedia untuk bertempur. “Aura yang dikeluarkan itu, agak menakutkan. Sekiranya salah langkah, boleh beku orang yang mengikut tuan puteri.” Lelaki Alas itu menjelmakan dirinya dari sebalik bangsal kuda yang terletak di pintu masuk Bandar Cielo di jajahan Blau.
“Ryan? Apa yang kamu buat disini?” Melihatkan Ryan yang mengekorinya itu, Elena melepaskan nafas lega. “Tuan puteri sepatutnya memberitahu tuanku yang tuan puteri akan ke jajahan Blau. Mujurlah Jeneral Shin memberikan arahannya sebelum bertolak agar memerhatikan tingkah laku tuan puteri. Sekiranya tuanku permaisuri mendapati tuan puteri tiada, pasti riuh istana dengan kehilangan tuan puteri.” Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Saya ke sini dengan tujuan. Ryan, kamu berasal dari jajahan mana?”
“Saya berasal dari jajahan Azul dan membesar di jajahan Blau. Tuan puteri, sana nak Tanya sikit boleh?”
“Pertama, kamu panggil saya Elena sahaja. Kedua, tanyalah.”
            “Hari dah lewat petang, dimana tuan puteri akan bermalam?”
            Soalan Ryan itu membuatkannya berfikir. Dia terus ke mari setelah Luca memulakan perjalanannya ke jajahan Lila. Dia tidak terfikir tempat untuknya bermalam. Dan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke jajahan Blau seorang diri. “Memandangkan kamu membesar disini, apa kata kamu tunjukkan rumah tumpangan yang berhampiran dengan kediaman rasmi Gabenor Hyekal? Satu lagi, adakah kamu akan balik ke rumah kamu yang ada di jajahan ini?” Soalan Elena pula membuatkan Ryan menundukkan kepalanya. “M-maaf sekiranya soalan itu menyebabkan kamu terguris. Saya tidak akan tanya lebih dalam berkaitan apa yang berlaku terhadap diri kamu. Bolehkah kamu membawa saya ke rumah tumpangan yang berhampiran?”

            Ryan hanya berjalan ke hadapan. Elena mengikuti Ryan dengan segera. “M-maafkan saya.” Lembut suara Elena kedengaran. “Tidak mengapa. Soalan tuan pute-maaf, Elena itu membuatkan saya terkenang kedua ibu bapa saya.” Ryan melemparkan senyuman kepada Elena. 

No comments:

Post a Comment