11 August 2015

Sleeping Beauty: Bab 2

Bab 2
Ayna merenung tasik Esperanza yang dari sebalik tingkap kotejnya. Dia pernah beberapa kali membuat percubaan untuk membunuh diri setiap kali ibunya mengatakan dirinya pembunuh. Puan Alyn sangat menyayangi Rosalie lebih dari Ayna. Rosalie seorang yang sangat ceria dan mudah mesra. Berbanding Ayna, dia merupakan seorang yang pemalu dan akan mesra dengan seseorang apabila dia mengenali orang itu dekat lebih rapat. Kemalangan yang meragut nyawa Rosalie adalah berpunca dari titi yang sudah reput. Pada waktu itu, Rosalie begitu gembira kerana dia telah dipilih untuk menyertai tarian di Istana Esperanza. Ketika itu, Ayna bersama Rosalie baru pulang dari pemilihan tarian. Rosalie berlari-lari atas titi di sungai yang pada waktu tersebut, air mengalir dengan sangat deras.
“Rosalie, jangan berlari di atas titi itu! Air sungai sangat deras dan titi tidak begitu kuat!” Ayna menjerit. Rosalie mengendahkan kata-kta Ayna dan telah berada di atas titi.  “Ayna ni. Orang tengah gembira-,”secara tiba-tiba, titi itu reput dan runtuh dek kerana air sungai yang sangat deras dan Rosalie jatuh ke dalam sungai. “Rosalie!!!!!” Ayna hanya mampu menjerit. Dia tidak tahu berenang pada hari kemalangan itu. “Rosalie!!!” Dia berlari mengikut air sungai yang deras membawa Rosalie pergi. Ayna terduduk apabila dia tidak lagi nampak Rosalie. “Rosalie!!!!!!” Disebabkan kejadian tidak diingini itu berlaku, Ayna belajar berenang agar satu ketika, dia dapat menyelamatkan orang lain.
Tap! Tap! Bunyi tapak kaki memijak ranting kering kedengaran dan mematikan memori Ayna. Kedengaran suara beberapa lelaki yang tidak dikenali berhampiran dengan kawasan kotej. “Betul ke orang takkan tau kalau kita campak dia dalam tasik di sini?” suara seorang lelaki kedengaran. Ayna menyorokkan diri di dalam almari yang terdapat di kotej. Kedengaran dua lelaki memasuki kotej. “Tidak sangka ada kotej di tepi tasik.” Ayna hanya mendiamkan diri di dalam almari tersebut. Gedebuk! Kedengaran seperti mereka mencampakkan sesuatu ke lantai.
“Kita hanya menjalankan tugas. Maafkan kami, tuan putera,” kedengaran seorang lelaki meminta maaf. Tuan putera? Hati Ayna berbisik. “Mari kita pergi sebelum tuan punya kotej ini kembali.” Lelaki kedua mengangkat semula apa yang dilemparkan itu. Setelah memastikan mereka keluar dari kotej, Ayna keluar dari almari dan mengikuti dua lelaki itu secara perlahan-lahan. Aku akan selamatkan dia dari dibunuh!  Tekad hati Ayna. Dia mengekori kedua lelaki tersebut sehingga ke mereka berada di hujung jeti kecil di tepi tasik Esperanza. Ayna menyorok di sebalik semak yang terdapat berhampiran dengan jeti. Ayna juga nampak seorang lelaki dikeluarkan dari guni dan lelaki itu tidak sedarkan diri.Itulah punca bunyi kuat bila mereka mencampakkan ke lantai, hati Ayna berkata. Walaupun emosi telah tiada, tetapi perasaan ingin tahunya sangat kuat.
“Maafkan kami..”
Gebush! Bunyi air begitu kuat. Ayna segera masuk ke dalam air secara perlahan-lahan agar tidak disedari oleh kedua lelaki itu. “Mari kita pergi dari sini dengan segera. Jangan lupa bawa baju tuan putera agar menjadi bukti apabila kita tunjukkan kepada Bendahara.” Kedua-dua lelaki yang berpakaian tentera istana segera beredar meninggalkan kawasan jeti. Setelah memastikan kedua-dua lelaki itu tidak kelihatan, Ayna menarik lelaki yang diselamatkannya ke tebing tasik. Dia memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut agar lelaki itu mengeluarkan air yang tersekat di kerongkongnya.
Uhuk! Uhuk! Lelaki tersebut terbatuk-batuk. Ayna dapat melihat dada lelaki itu naik turun seperti bernafas kembali tetapi masih tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan Ayna memapah lelaki yang dikenali sebagai tuan putera ke kotej semula.
--------------------
Malam menjelma dan ayah Ayna, encik Curtis datang ke kotej untuk mencari dan membawa pulang Ayna. “Adakah Ayna tahu bahawa lelaki ini adalah Putera kedua Kerajaan Esperanza?” Encik Curtis memandang Ayna. Wajahnya penuh kejutan. “Putera Dyan?” Ayna menyoal kembali. “Apa yang Ayna dah lakukan ini? Adalah kesalahan besar untuk menculik seorang putera raja!” Encik Curtis meninggikan suara. Ayna melemparkan pandangannya ke luar jendela. “Kenapa ayah anggap Ayna menculik? Ibu anggap Ayna pembunuh. Kali ini ayah anggap Ayna penculik. Haih..” Ayna mengeluh. Encik Curtis hairan dengan tingkah laku anak daranya itu sepanjang hari. Agak berbeza dari Ayna yang sentiasa tersenyum walau dalam kesedihan. “Terpulanglah jika ayah anggap saya penculik. Saya tidak bersalah.”
“Apa yang berlaku kepada kamu, Ayna? Kamu tidak pernah melawan atau menyoal kembali. Hari ini kamu melawan dan menyoal kembali. Air wajah kamu juga berubah. Adakah kamu telah membuang perasaan dan emosi kamu?” Encik Curtis memandang Ayna yang duduk dibirai katil dan mengalihkan pandangan dari jendela ke lelaki yang berbaring di atas katil. “Saya tak tahu.” Jawapan yang keluar dari mulut Ayna. Encik Curtis terus memeluk Ayna. “Maafkan ayah kerana tidak mampu menjadi ayah yang penyayang dan tidak dapat melindungi kamu dari perasaan kamu. Maafkan ayah..” Ayna membiarkan perlakuan ayahnya itu. Tiada sebarang perasan yang terhasil dari raut wajahnya. Hatinya tidak merasakan apa-apa dari kata-kata ayahnya.
“Ayah patut pulang sebelum ibu mula keluar dari rumah agam mencari ayah. Ibu sangat bimbangkan ayah.” Ayna melepaskan diri dari pelukan ayahnya dan menambah kayu di pendiangan api kotej. “Saya akan berada tinggal di sini sementara waktu. Ayah tidak perlu risaukan saya.” Ayna membuka pintu kotej dan meminta ayahnya pergi. “Saya perlu mengunci pintu sebelum saya tidur.” Melihatkan perilaku Ayna, Encik Curtis melangkah keluar dari kotej itu dan terus menunggang kudanya. Ayna segera mengunci pintu dan duduk di kerusi malas berhampiran dengan pendiangan api. Badannya keletihan kerana telah berenang untuk menyelamatkan Dyan. Dia membiarkan matanya tertutup dan membiarkan dirinya berehat pada malam itu.

No comments:

Post a Comment